Friday, January 22, 2010

JAGA-JAGA -Kalau Bibir bergerak-gerak


Bila badan terlalu letih saya langsung tak berselera nak makan apa yang terhidang di kantin tempat saya bekerja. Usahkan nak makan , melihat saja sudah cukup membuat saya terpaku kaki di depan deretan dulang makanan di situ...semua yang terhidang berasaskan minyak belaka.




Bukan menghina rezeki tapi terkilan kerana tak dapat membuat pilihan. Saya membayangkan kalaulah dapat dua biji pisang berangan atau pisang emas .... isyyykk...lega rasanya. Mujurlah di rumah tadi saya sedia makan 5 biji tamar ..melebihi bilangan yang ditetapkan. Menurut petua yang saya baca , tamar mesti dimakan perlahan-lahan sehingga benar2 halus dan mudah ditelan.
Bagi yang tak punya banyak gigi geraham boleh cuba melenyek2 dulu tamar ni dengan belakang sudu di atas piring kaca.Tamar ni mudah diserap di dalam usus kecil dan terus masuk ke dalam aliran darah. Satu hal yang saya suka dengan buah tamar ini selain banyak mineral , vitamin dan sumber tenaga ia juga mengandungi bahan anti oksida yang boleh melawan radikal bebas . Ini penting bagi melambatkan proses penuaan...ehemmm..kiranya ini kes tak nak dipanggil nenek la nih. Ni kena ambik serius juga sebab pasal buah tamar ni memang dah termaktub dalam kitab - buah yang amat berkat di samping buah zaiton.


Nak tak nak saya hanya makan goreng tempe yang dicampur dengan hirisan kentang goreng,su'un, foo cuk dan udang yang ditumis dengan kicap - masakan ala jawa. Makanan ini memang berkhasiat , penuh dengan protein tumbuhan.

Sedang asyik mengunyah tempe jawa dengan penuh khusyuk bersama teman-teman ,tiba-tiba teman sebelah saya menjerit. Hampir2 saja saya menyemburkan tempe saya ke mukanya dek terlalu terkejut.Apa hal ...

Rupa-rupanya dia tergigit lidahnya sendiri.Saya menghulurkan kertas tisu . Banyak juga darahnya. Seleranya mati tiba-tiba. Kesian..Saya katakan padanya, " awak ni akan bertikam lidah dengan sapa agaknya." Dia terdiam .. memerah tenaga fikirnya.

Peristiwa ni terus berlalu dan saya lupakan. Sehinggalah pada pelajaran akhir ,selepas loceng berbunyi ketika berjalan menuju kawasan parkir kereta ,saya terdengar seseorang memanggil nama saya.Saya toleh ke belakang , teman yang tergigit lidah tadi berjalan laju mengejar saya. ia memberitahu saya separuh berbisik,

"Tadi saya bertengkar dengan PN XXL . Betul kata kau." Saya hanya tersengih .. bukan kerana bangga sebab dia telah merealisasikan impiannya tadi tapi sebab saya dah terlalu biasa dengan peristiwa begini.

Selain daripada pasal gigit menggigit ni saya juga amat peka dengan gerak-gerak bahagian tertentu pada anggota badan saya.Di sini saya tuliskan sebahagian daripada gerak badan yang selalu meberitahu saya apa yang akan berlaku pada saya.

JIKA BERGERAK :

1. Ekor mata kanan - nak lihat orang datang dari jauh.

2. Bibir mata bawah - nak menangis

3. Kelopak mata kiri atas - melihat orang nak pergi jauh.

4. Ekor mata kiri - alamat nak sakit

5. Biji mata kanan - menangis kerana percintaan.

6. Bibir kanan atas - nak berkelahi

7. Bibir kanan bawah - nak berjawab-jawab

8. Kedua bibir atas/bawah - nak bertemu kekasih

9. Bibir kiri bawah - nak berceramah

10. Bahu kanan - nak dapat harta (duit le kut)

11. Bahu kiri - nak dapat anugerah

12. Belikat kanan - nak pakai baju baru.

13. Bel ikatkiri - nak dapat harta.

14. Jari telunjuk kiri - rahsia kita tebuka

15. Ponggong kiri dan kanan - ada tetamu nak datang dan mungkin bermalam.

16. Rambut bergerak - angin tiup ...



Apa yang saya tulis ni saya dapat dari orang tua dan dari kitab. Ini hanya sebahgian je. Yang saya tulis ni kebanyakannya pernah saya alami dan berlaku. Ada juga tak belaku apa pun. Kadang-kadang terlalu lama bergerak berhari-hari.. yang berlaku tetap berlaku. Contohnya nak berjumpa kawan yang dh lama tak jumpa. Telunjuk kiri tu memang pernah berlaku .. betul dn tepat.

Walau apa pun,anggap ia sebagai hiburan semata-mata . Apa yang berlaku,anggaplah ibarat kita menerima siang dan malam . Ada banyak ilmu yang kita tak ketahui lagi . sesungguhnya ilmu yang ada pada kita hanyalah setetitik air di jari dibandingkan dengan lautan air.

14 ulasan:

UstazCahaya said...

Salam ziarah, Kak MamaTanjong;-)

Iya, saya juga percaya kepada beberapa petua dan petanda alamat seperti ini. Mungkin juga, sebabkan Kak MamaTanjong adalah pesilat, maka tubuh badan jadi lebih peka;-)

Mama Tanjong said...

Salam Ustz Nur

Benar tu ustz,. Saya amat peka kepada setiap gerakan pada anggota juga pada sebarang kelainan di sekeliling. Tanda yang paling kerap ialah jika saya akan ditimpa sakit2...ringan atau berat.. Lengan kanan akan berdenyut2..lebih dari 3 kali. Biasanya ketika berdiri solat.. Kadang2 saya hanya ditimpa sakit kepala je.

UstazCahaya said...

kita agak sama ttg sensitiviti tubuh kita kak. Saya pula, bila saya lalu kat orang dan orang cakap2 pasal saya, telinga saya akan rasa macam kena tarik saja.. Bila nak dapat rezeki, tak kita la duit ke, or rezeki lain ke, tangan saya gatal2 saja.

And, bila hari hujan, saya nak tahu hujan nak teduh, saya dengarkan bunyi katak. If katak berbunyi bersahut2 tanda hujan memang akan berhenti..

Mama Tanjong said...

Ustz ni lagi special.
Itulah keberkatan kalau kita sering memberi makan kepada rohani, bukan hanya memberi makan kepada jasmani. Marilah kita pelihara solat dan zikrullah.

ustaz eds said...

salam akak, tip yang bagus. dan yang paling saya suka dan saya kira paling tepat ialah apabila rambut bergerak....ditiup angin...he3
Apapun, setiap kejadian yang dicipta Tuhan itu mempunyai makna dan hikmah tertentu. Manusia dikurniakan akal untuk mencari dan menyelidik apa yang ada disebalik ciptaan Tuhan itu...

Mama Tanjong said...

Terima kasih ustz Ed... rambut bergerak tu lawak je..he3x. Yang lain tu hiburan semata-mata. Allah je yang lebih tahu kenapa ia berlaku

c_put85 said...

Salam ustz,
kalau bibir atas kiri yg gerak2 camne lak?

Anonymous said...

kalau bibir sebelah kanan atas bergerak2, apa pula ertinya??

Mag said...

Hahahahaha.....ada2 ja. Penat saya ketawa

Anak Kedah said...

Salam tuan, kalau pipi kanan dok bergerak apa malsud dia tuan?? Dah berapa hari dah bergerak gerak

Unknown said...

Assalam tuan...bibir kanan bawah bergerak2 dah 5 hari kenapa ya ???

Unknown said...

Assalam tuan...bibir bawah kanan saya bergerak2 dah sebulan lebih...masa bercakap pun boleh bergerak2 kdg2 rsa x slesa...apa masalah ya ????

Unknown said...

Klu bibir atas tengah bergerak kenapa..

Unknown said...

sama dgn sy skrg ni.. knpe yee agak2?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails