Saturday, January 16, 2010

Kenapa saya tak suka tengok DRAMA tv


Hujung minggu adalah hari yang sangat mem'boring'kan andainya tiada pengisian yang benar-benar berisi.Selain daripada lepak-lepas atas katil yang tak bertilam ( saya memang tak pakai tilam - ada rahsia nih ) saya lebih suka mengorek-ngorek habuk di celah-celah kehidupan. Kalau dulu-dulu masa ni la saya memandikan kucing-kucing saya yang montel dan tak montel dengan air suam-suam kuku. Tapi...rumah yang saya duduk sekarang tidak membenarkan saya membela apa2 binatang peliharaan pun. Tapi untuk melepaskan gian saya bela juga...tapi bukan kucing..haaaa...pelik

Sememangnya saya pencinta alam dan segala isinya..tengok pokok layu tak bersiram pun saya rasa sayu , pilu dan macam-macam perasaan yang tak bernama. So..pendek cerita dan panjang cerita..saya bela burung-burung yang lalu lalang di keliling rumah saya ni. Its so sweet...comel betul burung2 ni..senang je. Saya letak je nasi dalam plastik. Nanti waktu petang atau pagi, riuh rendah la burung-burung tu kenduri..tak cukup makan untuk mulut sendiri, mereka panggil geng lagi...bertambah meriah la rumah saya. Burung2 ni teramatlah cerdiknya. Ada masanya saya terlupa letak makanan. Bila saya dengar bunyi bising mereka tu mencapai tahap kebisingan yang luar biasa, barula saya teringat makanan dah abis. Burung-burung ni pandai juga berbudi. Kita memberi dia merasa , saya memberi dia memberi juga...apa lagi... NAJIS dia le..apa nak kata..dia tak de tandas. Saya juga la yang jadi tukang cuci tandas dia tu.

Kepada pembaca yang terbaca blog saya nih..saya tinggal di tingkat tiga , tapi bukan rumah kondoManiam. Bila buka tingkap bilik tidur saya... terus nampak banjaran gunung ganang yang berbalam2,..bila bukak sliding door di depan pun nampak gunung ganang yang MEMBIRU..indah...sungguh asyik .. Angin yang menerobos masuk membuatkan saya rasa tenang dan nyaman. Hilang segala tension mension.Saya akan terpaku di situ beberapa minit. Tapi sayang...bila malam menjelang tak nampak le semua pemandangan indah ni.





Gambar ini diambil beberapa minit sebelum masuk waktu Isyrak. Matahari akan muncul bila-bila je. Sebelah belakang gunung itu lah Negeri Pahang



Lagi dua minit masuk Syuruk












Haa.....dah cerah pun. Masa ni elok sangat kita sedut udara melalui tingkap ni... Buat Qi Gong le..pe lagi

Apa lagi yang mampu saya buat.Tu la yang saya katakan tadi..nak tengok Tv..tunggu filem-filem yang benar-benar menarik. Apa lagi yang saya nak tengok selain berita.

Drama Melayu yang dipaparkan asyik angkat cawan, turun cawan.Makan2..minum2...bercinta yang tak de mesege. Isteri tengking suami...suami tengking isteri. Bapa pakai lebai , mak pakai topi lembik , orang nak jadi baik.. mesti pakai jubah,lebai, tasbih dan berjanggut.Watak orang gaji pun ada yang di makeup dengan eye shadow fluoresent..berkilat2. Sungguh tak logik. Skrip dan dialog pun tak pernah berubah mengenai sesuatu tema. Ada juga drama yang baik..tapi boleh dibilang.Mereka yang jadi pengarah begini biasanya yang berjiwa benar-benar kreatif dan kritis..bukan ikut-ikutan. Haaa ... di sinilah letaknya kepentingan unsur-unsur seni. Kamera zoom nya benar-benar menarik..ada kesan dramatik. Kalau nak tunjukkan kereta yang meluncur dengan pemandunya dalam keadaan cemas ..mestilah nampak sikit kesan dramatik pada jalanrayanya..Umpamanya jalanraya tu dibasahkan..Nampak pulak kesan bayang-bayang pantulan cahaya pada permukaan air tuh...Saya tak tau apa2 istilah drama ni..tapi masih tau beza drama bermutu dan drama berkutu.


Satu perkara yang saya sungguh sedih dan pilu ialah terlalu banyak slot hiburan yang melekakan..langsung tak berfaedah.Kebanyakan penontonnya adalah ANAK-ANAK BANGSAKU.Di waktu yang sama anak-anak bangsa lain sibuk berlumba-lumba mengulangkaji pelajaran dan menghadiri kelas-kelas tuisyen... anak-anak kita masih tergolek tertiarap depan tv.. berangan-angan nak jadi superstar, juara akademik panta-sia2, jangan lupa melirik... dan nak jadi superman dari subuh gelap sampai malam larut. Bila datang sekolah mulalah mata tu macam tak dapat candu.

Hasilnya kita lihatlah sendiri:

1. Siapakah yang selalu jadi mat REMPIT

2. Siapakah yang membuang bayi merata-rata macam membuang kulit pisang.

3. Siapakah yang selalu melepak di shopping2 Kompleks di waktu orang lain bekerja.

4. Siapakah selalu mengadakan konsert..siapakah penontonnya

5. Siapakah yang selalu membiarkan isterinya dan anak-anaknya tanpa nafkah setelah
berpoligami.

6. Siapakah yang selalu melakukan sumbang mahram abang dengan adik, atuk dengan cucu

7. Siapakah yang selalu ditangkap khalwat di hotel2 murahan.

8. Siapakah yang banyak menjadi hero dan heroin clip2 video lucah dalam telefon
bimbit....belum cukup 10 lagi nihh

9. Siapa punya hari rayakah yang paling ramai memenuhi shopping2 kompleks

10.Siapakah yang banyak memiliki tanah-tanah terbiar tak beroperasi di semua pelosok negara.


Minta maaf...

bukan untuk membuka pekung di bawah kaki...tapi...nak membuka mata yang sepet supaya terbuka dengan luas...

Nak mengingatkan anak bangsaku bahawa bukan itu ajaran yang dibawa oleh nabi kita. Mengapa kita hanya menjadi pemerhati kepada bangsa lain yang banyak mengamalkan apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW kepada KITA

8 ulasan:

UstazCahaya said...

Salam Ziarah, Kak MamaTanjong;-)

Subhanallah, indahnya pemandangan dari rumah akak. Saya sukakan pemandangan begitu.

Iya, berbudi pada burung pun, burung pandai memberi balas ya;D

Saya sangat setuju dengan pandangan akak terhadap drama tv sekarang. Susah sangat nak cari yang boleh mendidik dalam menghibur. Lain dari filem dan drama dari luar; kurang-kurang mereka ada visi dan misi yang dibawakan bersama karya mereka. Tengok saja anime dan film dari US dan Jepun, mereka menggalakkan kreativiti dan inovasi selain kemajuan telnlogi.

Dan, saya suka cara penulisan akak yang menghiburkan dan membuat saya tersenyum-seyum sendiri;-)

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

PANORAMA MELALUI TINGKAP: View dari tingkap rumah u tu memang indah sekali apatah lagi kalau dilukiskan guna cat air atau cat minyak..pemandangan yang berlapis-lapis itu menjelmakan wajah ton dan krom yang paling dikehendaki oleh sang pelukis. Sebabnya ia menguji kepintaran dan kehandalan pelukis bermain dengan warna. Silap campur warna wajah jauh menjadi dekat atau monotonus aje.
DRAMA TV: Memang benar cakap u, i pundari dulu tak suka tengok drama TV Melayu. Saya suka filem-filem Barat. Tapi filem Melayu yg i suka ialah SEPET, GABRA, MUKHSIN,TALENTIME AND MUALLAF arahan YASMIN. Itu sahaja.Filem -Filem Yasmin kreatif, analatikal penuh dengan unsur KEMALAYSIAN.Tapi filemnya orang Melayu tak suka tengok. Itu sebabnya filem itu tak menang dalam festival filem Malaysia tapi menang dalam Festival Filem Antarabangsa sebabnya juri tempatan otaknya otak Melayu Hedonisme. Filem Melayu lain benar-benar tak sampai taraf ISO atau SIRIM

Mama Tanjong said...

Terima Kasih Ustz Nur..
Saya menulis dari hati..itulah saya..
dari tingkap saya bukan saja nampak banjaran Titiwangsa, tapi saya boleh mandi embun..sebab ada dahan pokok berdaun lebar yg menjulur menghala ke tingkap bilik saya nih.

Mama Tanjong said...

Salam Dr.

tu la..saya dah lama tk melukis nih...Berangan je adalah..Tapi saya mesti melukis juga..tk boleh sia-siakan bakat yg diberi Allah. Teringat kata Prof Zul Yusof , stroke saya hebat..huhuk.....Masalahnya nanti bila saya melukis..di mana saya nak letak painting tu. Dinding rumah saya dah penuh dgn painting..Tunggulah nanti..bila Dr nak buang oil colour yg dah tk nak guna tu...campak je kat saya..boleh saya korek2 sikit. saya teringin nak lukis ayam katik (serama)...cute betul binatang tu..kalau tak dpt..saya lukis species heliconea je...jadi le

UstazCahaya said...

Salam Ziarah.

Oh, akak minat melukis juga. Saya pun dulu-dulu selalu jugak melukis. Dah lama sangat rasanya saya tidak melukis dan tidak berfikir tentang lukisan.

Aida Ali said...

Salam kenal. Saya setuju sangat. Berdoalah supaya bangsa kita tak terus hanyut dibawa arus hiburan.

Mama Tanjong said...

T.Kasih sudi singgah Pn Aida. tu la..kita mempunyai tugas berat terhadap budak2 kita.Tk dpt buat peringkat tertinggi...buat yg kita mampu..usah letak atas bahu pendakwah atau ustz2 je kan..setiap dosa yg belaku...akan kita terima akibatnya bersama-sama. dah banyak contoh.

Mama Tanjong said...

Ye ustz...akak ni mmg Major Painting .nnt satu masa akak keluarkan painting yg tk seberapa..masuk blog.Bukan boleh mula...kalau dah mula payah berenti..mulalah badan bau minyak linseed. Painting masa study dulu ada pensyarah dan kwn2 beli.satu hari akak akan mula balik. Oil colour ada sikit lagi. skrg dah mahal

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails