Wednesday, January 20, 2010

CINTA MONYET vrs CINTA KINGKONG cinta LUARBIASA

Cinta.. satu perkataan yang tidak pernah jemu diperkatakan. Rugilah siapa yang tak berpeluang menikmati rasa cinta. Ia akan datang dengan sendiri tanpa diundang...kalau dah sampai masa. cinta yang satu ini , yang akan saya ceritakan ialah kisah cinta monyet. Inilah cerita yang nak saya turunkan buat iktibar bagi sesiapa yag mempunyai anak sendiri atau anak murid atau anak apa saja kecuali anak pokok.





Saat baru sampai ke sekolah barunya anak seorang sahabat saya masih malu-malu dan rasa terasing. Ia baru bertukar kerana mengikut ibunya , iaitu kawan saya seorang ibu tunggal. Masuk minggu ke tiga dah nampak lain seri mukanya. Di akhir siasatan rupanya dia dah ada kawan perempuan special.. ( bebudak sekarang kata awek .. dalam drama Indonesia kata cewek). Aweknya ni dok satu kelas je. Lupa pulak nak cerita anak sahabat saya ni lelaki baru masuk 14 tahun usianya. Maka ber 'sms' sakanlah budak ni bila ada kesempatan... hatta di bawah selimut pun masih memicit2 telefon bimbitnya . Maka kelihatan terang benderang le di bawah selimutnya dek lampu telefon bimbitnya.. tak ubah macam orang main wayang kulit tuh.





Pendekkan kes , pada suatu petang, telefon bimbitnya dirampas oleh guru disiplin sekolahnya dan ia hanya dibenarkan mengambilnya selepas dua bulan dari tarikh tangkapan. Apa lagi .. macam kucing nak beranak le budak ni .. tidur membawa duka laranya merindui awekya tu. Kalau pasang sound effect ala-ala bollywood ni memang real sedih ....Sebelum tu setiap malam ia akan tidur dengan berselimutkan sehelai baju merah pemberian si awek.


Dua bulan selepas cuti sekolah hujung tahun tamat makan pergilah ia ke sekolah dengan penuh semangat kerana dapat menatap wajah kekasih hatinya. Apa lagi setelah lama tidak bersua dan tidak ber 'sms'. Setelah lama berpisah kerana jarak. Saat kerinduan benar-benar mendalam dan api cinta benar-benar membara. Keindahan perjumpaan dengan si pujaan hati benar-benar dinantikan , tak dapat dilukiskan dengan kata-kata. Jarum jam dirasakannya terlalu lambat bergerak. Dengan baju baru , kasut baru , beg baru dan jambul pacak fesyen terkini ia menghampiri buah hatinya dengan penuh kerinduan. Kesian..


Budak perempuan tu langsung tak peduli, memandang pun tidak. Ia telah berubah hati.. merajuk kerana terlalu lama ditinggalkan tanpa berita dan gurau senda. Maka hari-hari yang berlalu amat menyakitkan bagi budak ni. Sekolah yang dulunya amat disukainya untuk belajar kini dirasakannya bagai sebuah tanah perkuburan yang sepi hening tanpa penghuni. Langkahnya kini diatur lambat-lambat agar dia tak pernah akan sampai ke tempat yang meninggalkan seribu kenangan manis..teramat manis baginya.
Waktu malam pula dirasakannya terlalu panjang. Bantal busuk yang dulu jadi teman pengganti buah hatinya kini dibiarkannya terperosok bawah kakinya. Senyumnya sudah jarang-jarang bertamu dibibirnya. Sepatah ditanya, belum tau bila ada jawapan. Baju merah selimut cintanya juga dah hilang entah ke mana. Tamatlah sebuah kisah percintaan yang dulu dirasakannya amat manis bagai madu .. kini dirasakan bagai ada pisau yang tajam menghiris-hiris tangkai hatinya. Terlalu pedih untuk ditanggung oleh budak sebaya dia.


Hari Isnin lepas ia menyatakan pada ibunya bahawa ia ingin bertukar ke sekolah lamanya. Dengan alasan bahawa ia tak de kawan di sekolah tu. Lagipun ia masih ada ramai kawan di sekolah lamanya. Di sana lebih seronok .. dia boleh pergi ke mana-mana dia suka. Semua tempat dia tau..sebut je.


Dengan berat hati sahabat saya ni terpaksalah melepaskan anaknya di bawah jagaan mantan suaminya. Berbekalkan ilmu psikologi yang ada sebagai seorang pendidik ia dengan berat hati mengiakan hasrat anaknya demi kebahagiaan dan masa depannya. Semuga ia lebih tenteram dengan sekolah pilihannya dan tidak lagi terpaksa menanggung lara hatinya bila terpandang semua tempat yang menjadi kenangannya bersama buah hati yang dipuja-pujuk siang malam.

Moralnya...kita sering memandang remeh pada perkara begini. Sebenarnya ia melibatkan soal hati , perasaan dan kebahagiaan yang kadang2 boleh menimbulkan kesan motivasi yang luar biasa yang kita sendiri tak boleh lakukannya. Kita hanya berkata ia hanyalah cinta monyet ... tapi ia tetap sebuah cinta yang memiliki makna yang dalam , indah dan agung. Tiada kata-kata yang mampu melukiskan keindahan dan keagungannya. Cinta adalah urusan hati , manakala hati adalah urusan Ilahi. Bagi saya , cinta yang dikatakan cinta monyet ini lebih suci daripada cinta King Kong yang kadangkala di sertai dengan cinta yang penuh nafsu syahwat. Mereka bercinta kerana ada kecenderungan untuk mengasihi dan dikasihi semata-mata. Cinta mereka tumbuh bukan kerana melihat keindahan fizikal sebagaimana cinta-cinta King Kong.

Dahsyatnya gelombang cinta sehingga manusia tidak kira peringkat usia mudah terbuai-buai dan mabuk apabila telah terjebak . Sekali terjebak , payah nak melepaskan diri dari jeratnya... Tetapi kalau terlerai di tengah jalan.......hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana pedih , perit , duka lara dan tenatnya penangan cinta.

















6 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Yalah semua manusia bisa mengalami perasaan misteri ini. Kadang-kadang sekali atau berulangkali. Tak kiralah apa yang dinamakan cinta monyet atau cinta mawas, cinta cimpaze atau sehebat cinta Kingkong. Tapi saya tertarik kisah cinta burung helang di suatu tempat di Pulau Langkawi ketika saya berkeno( waktu saya jadi Dekan FSM dahulu) di lautan di celah-celah pulau tidak jauh dari Pantai Rhu. Saya diberitahu oleh pakar habitat di situ bahawa di tempat itu adalah pertemuan burung-burung helang dengan "kekasihnya yang pertama." Walaupun dia telah menemui banyak kekasih kemudiannya tetapi dia masih menyintai "first Love"nya lalu membuat dating di situ. Kekasihnya itu menunggu di gua-gua bukit bukau di situ. Saya amat terpegun menyaksikan burung-burung helang itu berterbangan mendapatkan "FIRST LOVE"nya setelah diumpat dengan cebisan daging oleh pakar Habitat itu. Burung-burung itu keluar berterbangan bersama-sama mendapatkan umpan makanan itu. Subhanallah Maha Suci ALLAH burung-burung helang itu amat mengenali siapa "First Love"nya. Kalau tidak percaya pergilah ke Pantai Rhu, Pulau Langkawi, sewa bot atau berkeno, pemandu bot atau pemandu pelancong akan bercerita dan membawa anda ke lokasi itu. Ini adalah kisah benar melalui kajian Saintifik oleh penyelidik-penyelidik habitat dari pelbagai negara.

UstazCahaya said...

Salam Ziarah, Kak MamaTanjong:

Saya suka dengan stail menulis akak, menghiburkan;-)

Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Walaupun si anak hanya meminta berpindah sekolah, ia sesuatu 'yang besar' untuk mereka.

Maafkan saya, saya tidak bersetuju dengan tindakan guru menahan HP murid sampai begitu lama. Ada kes di tempat saya, guru jadikan HP yang dirampas sebagai hak milik diri.

Saya fikirkan, lebih elok dan mudah, rampas HP kemudian hubungi ibu bapa/ penjaga. Bincang masalah berkaitan HP. Mungkin ada kes bercinta atau lebih parah jika ada video lucxx. HP tak perlu ditahan guru, kembalikan kepada ibu bapa.. Jika ibu bapa nak buang or rampas HP dari anak, terpulang mereka. Jadi kes begini, boleh menyebabkan menjadi 'kesalan' kepada pelajar malah mungkin pada ibu anak itu sendiri.

Beberapa bulan yang lalu, saya terkejut dengan kisah video bunuh diri kerana cinta yang diceritakan dalam majalah mastika. Saya sudah tengok video itu, dan selalu ia mengganggu fikiran saya. Bimbang ia berlaku kepada saudara mara atau sesiapa yang saya kenali. Malah turut bimbang perkara sama berlaku kepada anak bangsa kita.

Mama Tanjong said...

Salam Dr.
Saya pernah ke Tg Rhu sebelum Langkawi diisytihar pulau bebas cukai. Tanah di situ masih dara, belum diusik atau dicemar sesiapa lagi. Cantik sangat view waktu pagi...saya pergi sampai ke tgh tanjung ketika air surut waktu lepas subuh. Bunga2 kembang cina merah, ungu biru dan putih memenuhi hampir keseluruhan sebahagian pantai. Tak jemu saya duduk melongo di situ. tapi saya tak tau cerita bulung helang ni.Menarik ye.. itulah namanya keajaiban Ilahi. Cinta bukan hak milik manusia....tetapi semua makhlukNYA

Mama Tanjong said...

salam Ustz Nur..
Saya setuju pendapat ustz. Tapi guru hanya menurut arahan Kementerian. Sememangnya tak patut menyimpan HP terlalu lama. Kadang2 ketika dipulangkan bateri tu dah cair.. prestasi HP tentu berkurang.HP ni kdg2 digunakan oleh murid perempuan utk menghubungi boy friend mereka dari kalangan pemuda yang dah tamat sekolah lagi ,di mana dan bila harus menunggu mereka. Tau2 mereka sudah berada di luar kawasan, nombor yg anda dail tidak dpt dihubungi. Guru juga disalahkan. Kerana kesalahan segelintir murid begini, semua murid menerima akibatnya. tapi selagi peraturan ini dibuat oleh manusia, tentu kelemahan ada dari pelbagai sudut... kan ?

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Salam ya Natra. Fenomena burung helang yang berterbangan mencari kekasih pertamanya itu disaksikan oleh semua kumpulan pertama Kursus Bitara UPSI tahun 2006 yang terdiri daripada VC,DVC, Dekan dan pengarah-pengarah UPSI. Kami berkeno ke tempat itu dengan Pakar Habitat untuk menyaksikan fenomena ajaib ini. Subhanallah

UstazCahaya said...

betul kak, peraturan dibuat manusia tentu ada kurang lebihnya. Begitu jugalah kita patut menjalankan peraturan dengan lebih bijak;-)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails