Wednesday, January 6, 2010

Kami Guru Malaysia ..Berikrar dan Berjanji.. Mendidik dan memimpin..Putera Puteri Negara kita


Gambar kartun

Sedang sibuk melayari internet, membaca berita terkini tiba-tiba hujan turun. Bunyi hujan yang berjatuhan di atas daun-daun pokok begitu kasar dan keras .Tiba-tiba saja mood saya berubah. Mengikut petua orang-orang tua jika hujan baru turun tadahlah tangan, berdoalah supaya dimurahkan rezeki.Saya selalu bisikkan pada Empunya langit dan Penurun hujan agar dirurunkan rezeki sebanyak mana DIA menurunkan titik-titik hujan pada waktu itu.Saya buat dengan yakin. Alhamdullillah... Allah Maha Pengasih - Allah Maha Penyayang dan Maha Mendengar.Saya tidak meminta menjadi jutawan - cukup hanya merasa nikmat hidup ala kadar






Hari ini merupakan hari keempat saya mengajar sebelah pagi atas permintaan saya sendiri. Walaupun selesa dengan aura sesi petang namun terpaksa juga saya lakukan. Ketika sedang asyik bercakap dengan kelas 2 Rancangan Khas saya dipanggil untuk sessi ceramah murid-murid Tingkatan 4.Saya bertanya kepada guru yang memanggil untuk apa saya bercakap di situ.Rupa-rupanya murid-murid tersebut sedang melalui Minggu Oreintasi . Mereka sedang mengikuti ceramah demi ceramah bagi menyesuaikan diri mereka dengan pilihan subjek yang akan mereka ambil untk SPM kelak.

Saya bercakap seringkas yang boleh kerana terlihat mereka sudah terlalu letih dan gelisah. Ini kerana mereka dikehendaki duduk bersila sejak dari pukul 8.00 pagi sehinggalah ke pukul 12.00 am. Setelah bercakap selama 10 minit saya kembali ke studio seni menyambung semula kelas yang ditinggal tadi. Umum tidak banyak mengetahui keadaan ini . Guru bukan saja mengajar. Ada banyak lagi senarai kerja yang perlu dilakukan serentak dalam satu masa.

Sedang mengajar, seorang waris murid saya datang untuk menjelaskan bayaran tambahan (kira macam yuran juga le) anak saudara di bawah jagaannya.Katanya serik menyerahkan duit pada anak saudaranya kerana duit itu pasti tak sampai pada cikgu. Ini juga masalah.. Guru terpaksa menangguh kerja hingga hujung tahun.Silap haribulan guru terpaksa bersedekah untuk menampung yuran-yuran yang tidak dibereskan bayarannya oleh sesetengah murid.

Sebenarnya ibu bapa ada menyerahkan duit yuran, tetapi duit itu menjadi duit poket murid tersebut. Bila diminta.. bermacam alasan yang diberi.Bila yuran tidak dapat dikutip sepenuhnya dari murid, guru kelas akan menerima ceramah motivasi percuma kerana tidak pandai mengutip yuran.Oleh itu guru terpaksalah menggunakan apa saja ilmu , tektik dan teknik bagi memenuhi hasrat tersebut.

Saya tak dapat jangkakan sampai bilakah guru kelas terpaksa menampung dan menanggung kekurangan dan kesilapan kewangan yang berlaku akibat daripada memegang jawatan guru kelas ini. Hanya segelintir yang menyedari pengorbanan yang terpaksa dipikul oleh guru-guru kelas.Mereka memikul tugas ini sepanjang tahun . Maka peluang untuk mereka melakukan kesilapan juga terbentang luas.

Bagi saya guru yang melakukan kesilapan adalah kerana mereka telah melakukan sesuatu tugas. Manakala guru yang tidak pernah melakukan kesilapan ialah mereka yang tidak pernah melakukan apa-apa.

4 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Saya pernah jadi guru kelas 5A semasa mengajar DI SMK KAI CHUNG, Binatang Sarawak dan 4D di SMK Khir Johari Tg.Malim, Perak. Benar cakap ibu. Saya jadi "ayah" mereka. Kadang-kadang wang saku digunakan untuk membiayai tambang bas anak-anak murid yang miskin. Malah tidak sampai hati kalu murid-murid tidak mampu membayar yuran persekolahan disebabkan kemiskinan..

Mama Tanjong said...

Betul tu Dr
Hanya yang mengalami sahaja dapat merasa.Bukan saja yuran dan duit raya..malah baju raya juga pernah saya belikan.Bukan mengungkit, hanya sekadar berkongsi rasa..kita tumpang seronok bila kita lihat wajah dan air muka mereka ketika menerima pemberian kita.Saya takkan pernah lupa wajah seorang murid saya ketika menerima sebuah beg terpakai anak saya.. Bila saya lalu kelas dia, dia menjerit sekuat hati..cikgu !!!!...terima kasih yer !!!! semua murid memandang saya

Su'aidi Hamid said...

guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa, berapa banyak dia telah membuat orang jadi presiden, mentri, pemimpin dunia, ilmuwan dan busnismen mudah-mudahan Allah selalu membalas jasa orang-orang yang telah memberi pengajaran pada kita semua...

Mama Tanjong said...

Terima kasih suaidi
saya mau menjadi matahari..menyinari dunia.. dan tidak mau menjadi lilin lagi.Dan saya tetap akan menyayangi anak-anak murid saya selamanya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails