




Life is short ... Terimalah KEHIDUPAN ini bagai menerima SIANG dan MALAM
Minggu akhir cuti persekolahan ni saya nak tutup cerita sekolah juga. Almaklum inilah cerita yang amat kabur tidak diketahui umum. Mata estetika anugerah Ilahi kepada saya tetap saya gunakan sebaik mungkin.
Allah itu indah ….. dan sukakan keindahan .
Inilah ungkapan yang sering terucap kala menimba ilmu. Saya mengidam untuk membina sebuah lanskap mini taman berILMU di sebelah studio seni saya. Di situ saya nak masukkan beberapa ILMU untuk diteroka oleh warga sekolah saya. Terbayang2 di minda saya sebuah taman yang anggun untuk saya tatap kala saya berduka atau tension tahap melampau. Berhari2 dan berminggu2 juga saya memikirkan projek ni.
Perkara utama dalam minda ialah budget. Jenuh juga memerah otak untuk merangka sebuah kertas kerja. Kertas tu tak bekerja..tapi saya yang berkerja untuk dia .. jumpa semua datok datin di sekolah saya.. Cuma Menteri Kewangan je belum jumpa.
Dengan izin Allah segalanya terungkai..satu demi satu . Sebagai Ketua Pengarah seni saya juga melantik diri saya sebagai kontraktor tak berdaftar , merangkap Ketua projek . Maka dengan itu saya berkuasa penuh melantik seorang setiausaha yang sangat setia dan juga seorang pembantu peribadi yang sangat cekap mengendalikan apa juga masalah berbangkit. Pembantu peribadi saya ni sedang berbadan dua ..inilah yang meninggikan darjah kecekapan dia bekerja kerana dia bekerja berdua sepanjang masa bersama saya.
Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa syarikat saya yang tak berdaftar ini terdiri daripada kaum wanita belaka….. bermula dengan Penyelaras , Pengarah Projek (saya le ni), Pembantu Pengarah, Setiausaha dan Bendahari. Pekerja-pekerja saya terdiri daripada 11 orang pelajar yang amat terlatih dalam bidang masing2 dan juga skuad pembantu terdiri daripada pelajar2 pra Universiti seramai 6 orang. Mereka ini dilantik khas untuk membina tugu 1
Lihatlah dunia ….tangan2 yang menghayun buaian mampu membina sebuah taman. Kalau tak percaya..Lihatlah sendiri.
Kontrakror pun kena turun padang
Dah siap pun ... senget2 pun itu nilai estetika.
Kolam kecil untuk sepasang kura-kura. Saya
jumpa singki lama dekat stor barang hapus
kira , boleh dijadikan kolam comel.
15 Nov 2010 Puan Pengetua diiringi Penyelaras Projek,
Pn Hjh Fawazah..sedang menguji ketahanan
laluan pejalan kaki
Ni..kolam kura2 ke ? cikgu Hazrin dah pening kepala.
Puan pengetua merasmikan
taman mini dengan melepaskan
sepasang kura2 ke dalam kolam pada 15 Nov 2010
Setiap orang pelajar yang membantu projek
diberi Sijil Penghargaan selain jamuan makan.
Terima Kasih Pn Pengetua , Hjh Noraini Yeub Sidi,
kerana sudi menyampaikan sijil dan merasmikan
Taman Mini yang belum bernama.
Satu perkara yang amat mengharukan saya ialah murid2 yang membantu saya ialah murid2 yang dikatakan selalu mendatangkan masalah , selalu keluar masuk bilik disiplin. Murid2 yang dikatakan tidak dapat membantu meningkatkan peratus keputusan SPM. Bagi saya setiap insan dilahirkan dengan potensi yang berbeza. Gagal dalam pelajaran duniawi tidak membawa erti gagal selamanya dalam kehidupan. Saya selalu memanjatkan doa agar anak2 murid saya ini berjaya dalam hidup .. menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Bersama My Elly minum Up Cafe panas capur green tea
Kali ni saya pulak naik segala apa yang tak pernah saya fikir untuk naik.Mendengar nasihat teman....enjoy..lupakan segala-galanya
Suhu di sini dah mula menurun. Kaki pun dah letih
Rupa2nya.. betul kata teman2.....
Release tension.
Rasa muda 10 tahun.
Bagi saya...
setiap hari kita terpaksa membuat pilihan.
Dan saya telah membuat pilihan tepat
Inilah cawan-cawan dan mug hasil seni murid-murid tingkatan 3. Dibuat daripada span bunga.
Penat berjalan 2 pusingan
berhenti di bawah gazebo
chi Kong pulak le
untuk sistem dalaman
alhamdulillah...
setitik peluh
berjuta
kesejahteraan