Facebook Badge
Mutiara Cinta
ISLAMIC CLOCK
MUTIARA AL QURAN
CALENDAR HIJRIYAH
MERISIK KHABAR
VISITOR
TRANSLATE MY BLOG
BLOG saya ikuti
-
Meet Studio: Your New Favorite Way to Develop WordPress Locally - Meet Studio by WordPress.com, our new, free, open source local WordPress development environment.1 day ago
-
-
Semua Ini Hanya Akan Jadi Kenangan - Khamis 9 September 2021 kelmarin. Masih lagi PKP di kawasan rumah, jadi entah kali ke berapa sudah menjalankan tugasan dari rumah. Bak kata peribahas...2 years ago
-
Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain? Kepala bapak kau! - *Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain? Kepala bapak kau!* *'Jika saya ada kuasa, sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini* *JADILAH Cina ...4 years ago
-
Tersukut Tepi Tiang - Tersukut Tepi Tiang *- Siri Post 3T-* *(Oleh: Norudin Draman UstazCahaya)* *Kusimpan kenangan, **bersama malam **kecundang,* *patah sayapnya **kehampaa...4 years ago
-
New Start - Assalamualaikum Alhamdulillah... April telah muncul... Pejam celik pejam celik dah berlalu 3 bulan tahun 2019 ni... Sekejap jer masa berlalu kan... Apr...5 years ago
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...5 years ago
-
Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Tanpa Produk - *Cara Hilangkan Parut Dan Bekas Jerawat Tanpa Produk.* Siapa sahaja yang tidak menginginkan kulit wajah yang bersih tanpa parut dan bekas jerawat kan? ...6 years ago
-
Percutian ke Luar Negara Satu Yang Mustahil? - Rasanya dah berkurun lamanya tak aktifkan blog ni. Terlalu banyak sawang dan perlu dibersihkan. Mulai pada saat dan tika ini, ku berazam untuk mengaktifka...7 years ago
-
MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI.. - MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI Harga RM30sem/SSWK Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Email nbkara_ofis@yahoo.com *Zaida* memberhentikan keretanya di Jala...9 years ago
-
Genggam Bara Jadi Permata - Khusus buat rakan2 wanita sahaja - *MOTIVASI WANITA: GENGGAM BARA JADI PERMATA: * Membicarakan isu keganasan rumahtangga dan hak wanita menurut undang-unda...9 years ago
-
-
Kajang O Kajang: Kipas vs Kelapa Muda dan Teropong Bambu: Mana yang lebih berbisa? - *Suddenly, Kipas menjadi senjata ampuh calon PKR di Kajang dan Bomoh yang dikatakan dihantar DSAI ke KLIA menjadi cerita panas*. Di mana sahaja calon PKR...10 years ago
-
Makna beberapa nama rasul dan nabi... - NAMA 25 nabi dan rasul sudah tidak asing lagi bagi umat Islam. Namun, tahukah anda makna sebenar nama-nama nabi dan rasul tersebut? Di bawah ini dinyata...10 years ago
-
Aku di Studio Zulkifli Yusoff - Gambar aku bersama sebuah Catan Zulkifli Yusoff di Studio Serigalanya. Hari ini hari yang bersejarah padaku, kerana aku berjaya membuka dan menulis blogku...11 years ago
-
Ta’riful Qur’an (Mengenal Al-Qur’an) - Mengenal Al-Qur’an (Ta’riful Qur’an) adalah sebuah keniscayaan bagi umat Islam. Bagaimana tidak, sedangkan Al-Qur’an adalah kitab sucinya: firman Allah SWT...12 years ago
-
Semak Semula Sejarah Negara: Tokoh yang Telus dan Tulus Diperlukan... - Sekadar Hiasan Salam Syawal hari yang ke-14. Masih ramai yang sedang berpuasa enam atau ada yang sudah beraya semula. Syabas. Namun ada juga yang terpaks...12 years ago
-
-
Munajat Kecemerlangan - Hari ini, 6 Oktober 2010, Rabu merupakan hari kedua, calon-calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) . Manakala pelajar Tingkatan 5 p...13 years ago
-
Bebab Guru-guru di sekolah - KUALA LUMPUR 4 April - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengkaji beban guru di seluruh negara masih lagi di peringkat perbincangan bagi menentukan ...14 years ago
-
Hilangkan Jeragat di Muka - Kunyit Kaedah: Cuci beras dan rendam sehingga lembut. Kemudian tumbuk beras tersebut bersama beberapa butir kunyit. Lepas itu, bancuh dengan air limau nip...14 years ago
-
-
-
-
-
-
Monday, December 6, 2010
Melayu yang makin Melaju
Wednesday, November 17, 2010
Tips Mudah Membina Lanskap Mini
Minggu akhir cuti persekolahan ni saya nak tutup cerita sekolah juga. Almaklum inilah cerita yang amat kabur tidak diketahui umum. Mata estetika anugerah Ilahi kepada saya tetap saya gunakan sebaik mungkin.
Allah itu indah ….. dan sukakan keindahan .
Inilah ungkapan yang sering terucap kala menimba ilmu. Saya mengidam untuk membina sebuah lanskap mini taman berILMU di sebelah studio seni saya. Di situ saya nak masukkan beberapa ILMU untuk diteroka oleh warga sekolah saya. Terbayang2 di minda saya sebuah taman yang anggun untuk saya tatap kala saya berduka atau tension tahap melampau. Berhari2 dan berminggu2 juga saya memikirkan projek ni.
Perkara utama dalam minda ialah budget. Jenuh juga memerah otak untuk merangka sebuah kertas kerja. Kertas tu tak bekerja..tapi saya yang berkerja untuk dia .. jumpa semua datok datin di sekolah saya.. Cuma Menteri Kewangan je belum jumpa.
Dengan izin Allah segalanya terungkai..satu demi satu . Sebagai Ketua Pengarah seni saya juga melantik diri saya sebagai kontraktor tak berdaftar , merangkap Ketua projek . Maka dengan itu saya berkuasa penuh melantik seorang setiausaha yang sangat setia dan juga seorang pembantu peribadi yang sangat cekap mengendalikan apa juga masalah berbangkit. Pembantu peribadi saya ni sedang berbadan dua ..inilah yang meninggikan darjah kecekapan dia bekerja kerana dia bekerja berdua sepanjang masa bersama saya.
Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa syarikat saya yang tak berdaftar ini terdiri daripada kaum wanita belaka….. bermula dengan Penyelaras , Pengarah Projek (saya le ni), Pembantu Pengarah, Setiausaha dan Bendahari. Pekerja-pekerja saya terdiri daripada 11 orang pelajar yang amat terlatih dalam bidang masing2 dan juga skuad pembantu terdiri daripada pelajar2 pra Universiti seramai 6 orang. Mereka ini dilantik khas untuk membina tugu 1
Lihatlah dunia ….tangan2 yang menghayun buaian mampu membina sebuah taman. Kalau tak percaya..Lihatlah sendiri.
Kontrakror pun kena turun padang
Dah siap pun ... senget2 pun itu nilai estetika.
Kolam kecil untuk sepasang kura-kura. Saya
jumpa singki lama dekat stor barang hapus
kira , boleh dijadikan kolam comel.
15 Nov 2010 Puan Pengetua diiringi Penyelaras Projek,
Pn Hjh Fawazah..sedang menguji ketahanan
laluan pejalan kaki
Ni..kolam kura2 ke ? cikgu Hazrin dah pening kepala.
Puan pengetua merasmikan
taman mini dengan melepaskan
sepasang kura2 ke dalam kolam pada 15 Nov 2010
Setiap orang pelajar yang membantu projek
diberi Sijil Penghargaan selain jamuan makan.
Terima Kasih Pn Pengetua , Hjh Noraini Yeub Sidi,
kerana sudi menyampaikan sijil dan merasmikan
Taman Mini yang belum bernama.
Satu perkara yang amat mengharukan saya ialah murid2 yang membantu saya ialah murid2 yang dikatakan selalu mendatangkan masalah , selalu keluar masuk bilik disiplin. Murid2 yang dikatakan tidak dapat membantu meningkatkan peratus keputusan SPM. Bagi saya setiap insan dilahirkan dengan potensi yang berbeza. Gagal dalam pelajaran duniawi tidak membawa erti gagal selamanya dalam kehidupan. Saya selalu memanjatkan doa agar anak2 murid saya ini berjaya dalam hidup .. menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Friday, November 5, 2010
CERITA SEJADAH
Wednesday, October 20, 2010
Segalanya telah TERsurat
Yang pergi…… tetap pergi. Tapi pemergiannya yang tiba-tiba, sungguh memeranjatkan semua orang. Tidak siapa menyangka bahawa ia akan pergi dahulu dalam usia mencecah 50 tahun. Hanya demam biasa . .Beliau pergi dengan meninggalkan sebuah senyuman sebagai kenangan . Al-Fatihah untuk roh almarhumah.
Dalam jarak waktu yang hampir sama saya terkenang sebuah cerita dari seorang teman. Seorang stafnya dimasukkan ke hospital kerana menderita sakit kepala. Dari diagnosa awal doctor dari hospital di mana dia ditempatkan mengatakan ada pendarahan yang menjadikan ‘ blood clot ‘. Blood clot ini telah menghalang aliran darah di bahagian kepala. Maka kurang oksigen disalurkan di bahagian kepala menyebabkan dia pening dan loya. Disebabkan hospital pertama masih lagi baru beroperasi maka terpaksalah pesakit ini dipindahkan ke sebuah hospital kedua yang lebih jauh untuk mendapatkan rawatan pakar. Dari hospital kedua ini dia dibawa pulak ke hospital ketiga di bandar kelahirannya oleh saudara-maranya dengan alasan lebih dekat dengan adik beradik. Sebelum ke hospital ketiga dia sempat bertemu dengan anak-anaknya, berbual-bual dan makan bersama. Sebaik sampai di hospital ketiga doktor telah merujuk kes beliau ke hospital keempat bagi mendapatkan rawatan kepakaran. Di hospital keempat itulah sebahagian kecil tempurung kepala beliau dibedah dengan kebenaran ahli keluarganya. Ramailah sahabat handai menziarahinya kerana bimbangkan hayatnya yang dikatakan 50-50. Kesian dan simpati menggunung tinggi terhadapnya. Hajat, tahajjud doa shifa dan yasin jangan disebut lagi.
Alhamdulillah.... usianya masih ada . Inilah dua kisah yang berbeza. Seorang meninggal tanpa diduga...manakala yang seorang disangka hampir menemui ajal..namun sebaliknya yang terjadi.
Segalanya telah tersurat .
Tuesday, October 12, 2010
EXAM FEVER
Mengikut petua , selalunya saya berpuasa tatkala anak2 mengambil pepriksaan. Relalah saya berpuasa demi anak2. Dengan penuh syukur saya memuji2 Allah SWT kerana memperkenankan doa saya untuk bersama mereka ketika mereka menghadapi peperiksaan itu.
Bersyukur .......
Friday, August 27, 2010
Seronok ke Jadi Cikgu
Semalam saya berbual dengan seorang murid Tingkatan 5 bernama Syukri. Kira kelas yang hujung juga la.. Budak ni tak berapa pandai dalam kebanyakan mata pelajaran tapi boleh dikira cerdik juga. Ada karisma , wajahnya termasuk kategori ' good looking' dengan rambut ala berus sabut. Apa saja yang saya suruh buat...dia akan buat..tapi..tak mencapai standard yang saya tetapkan. Namun ia mampu membuat saya rasa puas .
Dia pandai mengambil hati saya . Kala saya muram keletihan.. ..dia pasti akan bertanya ,
mereka melakukan apa yang mereka telah ketahui ,
Tuesday, August 10, 2010
Hargai Diri Sendiri
Hujung minggu adalah masa yang amat berharga. Quality time harus dihargai. Seorang teman ajak join trip ke Genting.. sambil ke Shah Alam membawa prospek CNI ke HQ. Hanya anak yang kecik dapat ikut sama.
Selama ini saya hanya jadi penunggu bag
Bersama My Elly minum Up Cafe panas capur green tea
Kali ni saya pulak naik segala apa yang tak pernah saya fikir untuk naik.Mendengar nasihat teman....enjoy..lupakan segala-galanya
Suhu di sini dah mula menurun. Kaki pun dah letih
Rupa2nya.. betul kata teman2.....
Release tension.
Rasa muda 10 tahun.
Bagi saya...
setiap hari kita terpaksa membuat pilihan.
Dan saya telah membuat pilihan tepat
Friday, August 6, 2010
Cerita lepak-melepak orang dewasa
Tuesday, August 3, 2010
Bagaimana Dunia Tanpa WARNA ..
Apa yang penting ialah kita kena bijak menggabung jalinkan setiap warna. Ruang tamu kita akan menjadi ceria sekiranya kita bijak memilih warna setiap perabot , bunga , langsir , karpet , cat dinding dan juga gambar di dinding.
Ke arah melahirkan karyawan , arcawan dan cawan
Lama tak update entri . Terlalu banyak peristiwa berlalu. Saya paparkan beberapa gambar untuk menyatakan segalanya.
Setelah bermesyuarat, guru2 di bawah panitia saya bersetuju untuk mengadakan pameran hasil karya murid pada awal Jun .
Maka....inilah dia karya murid-muridku.
Inilah cawan-cawan dan mug hasil seni murid-murid tingkatan 3. Dibuat daripada span bunga.
Ini pulak lukisan dan catan murid-murid tingkatan6 di bawah kelolaan Pn Rohanna Ramli.
Batik lukis karya murid-murid tingkatan 5 di bawah jurulatih Pn Hazrin Nafizza.
Kami akan mengadakan pameran yang lebih hebat lagi selepas ini .......insyaalah.
Tuesday, July 13, 2010
Sunday, June 6, 2010
Lihatlah DUNIA !!
Gambar2 ini sudah cukup membuatkan saya tenang , sihat dan ceria. ini jambatan pertama mesti didaki. Kasut mesti kuat cengkamannya. Sebenarnya cuaca redup macam nak hujan...
Penat berjalan 2 pusingan
berhenti di bawah gazebo
chi Kong pulak le
untuk sistem dalaman
alhamdulillah...
setitik peluh
berjuta
kesejahteraan
Tuesday, May 25, 2010
BUNTU tak terBANTU
Hari ini merupakan minggu kedua sekolah menjalankan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Bermula dengan kelas-kelas Tingkatan 4 , 5 dan 6 diikuti dengan Tingkatan 3. Sementara menunggu masa untuk mengawasi kelas 3 Wira saya membelek-belek buku kedatangan kelas 3 Arena ...kelas terakhir dalam Tingkatan 3 daripada 9 kelas.. Kelas di bawah jagaan saya.
Wednesday, May 19, 2010
SEKUNTUM BUNGA SEBUAH PENGHARGAAN
Tahun ini saya mengorak langkah untuk meneruskan amalan serupa . Bersama rakan-rakan saya mula menggubah bunga dan cenderamata lainnya untuk dijual kepada murid-murid saya. Dengan harapan setiap guru akan mendapat sekuntum bunga daripada murid-murid. Setiap guru akan mengukir senyuman tanda diri mereka dihargai dan dikasihi.
Kami cuba mendapatkan bekalan bunga dengan harga terendah agar dapat dijual dengan harga paling minima dan mampu beli. Pastinya bunga mawar merah menjadi pilihan. Sasaran utama ialah murid-murid sessi pagi , selebihnya akan kami jual kepada murid sessi petang.
Tiba hari yang dinantikan pada 17 MEI jam 7.30 pagi kami mula berkumpul untuk diarak menuju ke tapak perhimpunan oleh kumpulan kompang sekolah bersama bunga manggar sebagai penyeri majlis.
Kumpulan kompang berdebar-berdebar menanti saat untuk melepas geram pada kompang masing-masing.
Majlis sedang mendengar ucapan daripada Yang Dipetua PIBG manakala Puan Pengetua Cemerlang sedang berdiri mengawasi anak buahnya bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa di atas lantai tar yang dingin.
Time is short ..
ASMAUL HUSNA
JANGAN TAK BACA
Orang yang berbudi tinggi , teguh pendiriannya tetapi tidak keras kepala.
Orang yang BUDIMAN ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya.
BELAJAR tanpa BERFIKIR tidak ada gunanya , BERFIKIR tanpa BELAJAR adalah berBAHAYA.
Orang yang hanya mementingkan diri sendiri akan mencipta banyak lawan.
Sifat yang wajar dimiliki oleh orang yang berjiwa besar iaah RENDAH HATI ., menghormati orang atasan , lemah lembut dan menarik mereka yang hidup tergantung daripadanya dan rasa keadilan bagi orang bawahannya.
MUTIARA HADITS MUSLIM
ABOUT ME
- Mama Tanjong
- Pendidik Sains dan Seni Visual. Pembimbing Seni Tari dan Seni Silat Gayung Malaysia. Kemunculan anda dialu-alukan dan sila komen apa saja yang berfaedah untuk semua.
CATEGORY
- Diary (2)
- KAMI PERIHATIN (1)
- Perasmian Blog (1)
BACA-BACA BERITA DAN CERITA
TEMAN-TEMAN PENGUNJUNG
Blog List
-
Pekebun Haram Durian Musang King Raub Belum Buat Keputusan Mahu Failkan Rayuan Atau Pun Tidak - *KUANTAN:* Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan 186 pekebun haram durian Musang King terhadap semakan kehakiman terhadap notis araha...20 hours ago
-
TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN - [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [image: TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN] [ima...1 month ago
-
-
-
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots - Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati, TAP...9 years ago
-
-
-
-